Jumat, November 07, 2008

MESYUARAT JKKK

MESYUARAT JKKK 23 OKT 08




  • Pada 23 Oktober 2008, JKKK kampung Jorak Elahi telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa

  • Antara yang dibincangkan termasuklah pembentangan penyata kira-kira JKKK dan Cadangan Majlis Jamuan Amal

  • Secara Keseluruhan, Mesyuarat ini berjalan lancar

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DI MASJID













  • Dalam dua minggu kita berhari raya, Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Bukit Pasir telah bekerjasama dengan JKKK Kampung Jorak Elahi untuk mengadakan majlis sambutan hari raya.



  • Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama insan dan saling bermaaf maafan antara mereka



  • Majlis ini berlangsung di Masjid Jamek Bukit Pasir..

Selasa, Oktober 14, 2008

Majlis Gotong Royong

Majlis Gotong Royong Membersihkan Kampung












  • Sekitar 24 Ogos 2008. JKKK Kampung Jorak Elahi telah mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kampung
  • Seawal jam 8.00pagi, kami semua telah berkumpul di balai serbaguna haji Khamis dan ada sedikit jamuan pagi
  • Gotong royong berakhir sekitar jam 12 tengahari.








Senin, Oktober 13, 2008

Majlis Qatam Al-Quran

Program Qatam Al-Quran Sempena Ramadhan
Program Bersama JKKK Jorak Elahi &
Jawatankuasa Masjid Jamek Bukit Pasir
26 September 2008 / 26 Ramadhan 1429














  • Pada 26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429, Pihak Jawatankuasa Masjid Jamek Bukit Pasir Dengan Kerjasama JKKK Kampung Jorak Elahi telah mengadakan Majlis Qatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini..
  • Pada Kali ini, majlis dijalankan pada waktu selepas solat Asar dan ia disertakan sekali dengan majlis penyampaian cendrahati kepada semua rakan muda yang mengambil bahagian dalam aktiviti Tadarus Al-Quran.
  • Selepas itu, Majlis berbuka puasa dan solat maghrib..
  • Kemudian majlis jamuan makan sebelum solat Isyak
  • Nasi minyak dimasak oleh Al-Fadil Ustaz Mokhsin...

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang
Sempena Aidilfitri 1429H / 2008




















  • Pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429H, JKKK Kampung Parit Jorak Elahi Telah Mengadakan Majlis Sumbangan Program JKKK Penyayang Di Balai Serbaguna Haji Khamis.
  • Antara Tetamu VIP Yang hadir Termasuklah En. Shefie (KADO Daerah Batu Pahat), Ketua Kampung Parit Kangkung, Parit Bilal, Linau Kechil, Kampung Istana. Pengerusi JKKK Kampung Parit Amat, Tasek Merdeka
  • Sumbangan Diberikan Kepada Ibu-Ibu Tunggal, Anak Yatim, Warga Emas, Pelajar-Pelajar Cemerlang Dan Lain-Lain.
  • Antara Isi Sumbangan Termasuklah Beras, Gula, Kopi, Susu Mee Hoon Dan Sebagainya.
  • Sumbangan lain Temasuklah Berupa Vaucher RM 10 Dari Petronas Dagangan, Vaucher Dari Mc Donald, Hamper Dari The Store Dan Lain-Lain.
  • Antara Penyumbang -Penyumbang termasuklah Syarikat Beras Faiza, FAMA Niaga, Petronas Dagangan, Mc Donald, The Store Supermarket Dan Dari Orang-Orang Perseorangan Yang Berhati Mulia.
  • Tujuan Sumbangan Ini adalah Untuk Membantu Mereka Yang Memerlukan Dalam Menyambut Aidilfitri Ini. Memberi Mereka Sedikit Keceriaan Di Aidilfitri ini.